Harun Ron Ron (2013) HDTV
Haron Ron Ron berkisar seorang lelaki bernama Haron seorang pemandu teksi berusia 50 tahun dan bujang terlajak yang sentiasa hidup dalam kesempitan. Ini disebabkan sikapnya yang pemalas namun pada satu hari, seorang peguam berjumpa Haron dan menyampaikan satu amanah daripada ayahnya yang bernama Steve Abdullah yang selama ini tidak pernah dikenalinya.Ayahnya ingin kembali ke Malaysia dan mahu berjumpa dengan Haron setelah 50 tahun menghilangkan diri. Beliau ingin membahagikan hartanya kepada haron dengan syarat Haron harus mencari dua lagi adik kembarnya yang sudah terputus hubungan dengan membawa mereka kembali kepangkuan bapanya.
Haron yang mendengar penjelasan peguam itu terperanjat besar mendengar dan tidak menyangka sama sekali bahawa ayahnya berbangsa Inggeris dan dia mempunyai dua lagi adik kembar. Seorang adik kembarnya bernama Ron Ron berada di Kemboja, manakala seorang lagi dipercayai berada di Sabah.Haron dikehendaki untuk membawa Ron Ron mereka ke Kuala Lumpur dalam masa seminggu dengan bantuan orang upahan ayahnya yang telah berjaya mendapat maklumat menjejaki keduadua adik kembarnya.Haron terbang ke Kemboja dan mencari Ron Ron dan berjaya menemui adiknya itu sesudah mengalami pelbagai kesulitan.Malangnya, Ron Ron tidak mempercayai Haron adalah abangnya walaupun muka mereka serupa. Kegagalan itu membuatkan Haron terbang ke Sabah pula untuk mencari seorang lagi adiknya yang bernama Sahar.
Post a Comment